Thursday, June 19, 2025
BILA UMUR MAKIN MENINGKAT
Saturday, July 23, 2022
MATI PUCUK
ABANG DAH TAHU BAHAYA MATI PUCUK??
.
RAMAI DAH BERCERAI DALAM SENYAP??
.
Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan kita. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ada mengalaminya :
1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
p/s:haa jgn main-main😊
.
Package Promosi "Urut" Seluruh Badan dan Tenaga Batin.
Booking untuk Urut Satu Badan dan Batin masih ada kosong,whtsapp saya.
.
Waktu Operasi:
9pagi sehingga lewat mlm
Whtsapp 019 3951510
Jom Ubah.
Yg mmg Boleh Ubah, makin disayangi, effect kekal smpai bila2. .
www.wasap.my/60193951510
Tuesday, November 30, 2021
PEYEBAB STROKE DAN MATI PUCUK
Apabila salur darah tersumbat.pengaliran darah beroksigen kurang meyebabkan cepat penat dan sakit kepala.otot m3njadi tegang meyebabkan stress.darah tinggi dan kebas2.p3ngabilan glukosa tidak dapqt diproses kepada glikogen sepenuhnya di dalam otot meyebabkan potensi kencing manis yang berkomplikasi kepada kerosakan saraf seperti rabun.hormon kartisol mendadak tinggi meyebabkan turunnya kadar hormon ESTROGEN.PROGESTERON DAN TESTOSTERON meyebabkan pertambahan kes MATI PUCUK.
Monday, April 19, 2021
HERBA SAUNA
[ Antara kelebihan sauna adalah dapat mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak-lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.
Banyak manfaat sauna,bukan saja boleh bakar kalori.Tetapi ada banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat dengan sauna ini.
ANTARA KHASIAT HERBA SAUNA
🌿melancarkn perjalanan darah
🌿membuang angin dlm badan
🌿menghilang bau badan
🌿menyegarkan urat saraf
🌿bantu membuang lemak
🌿 mewangikan badan
🌿meringankan badan
🌿menghilangkan keletihan dan lesu
🌿mengembalikan tenaga
Friday, March 12, 2021
PENYAKIT ANGIN GERD
SUKA MAKAN BAYAM?
HATI2 PADA PENDERITA EKZEMA & GERD!
Bayam mengandungi pelbagai vitamin dan mineral zat besi yang tinggi yang amat bagus untuk meningkatkan haemoglobin dalam darah, tetapi penderita ekzema dan gerd harus berwaspada kerana bayam ni boleh trigger orang ekzema dan gerd.
Pernah dengar orang tua-tua cakap bayam sejuk? bayam angin? bayam bisa?
Pernah tak ibu-ibu mengandung makan pulun hari-hari makan bayam untuk naikkan HB tapi masa sama perasan gastrik,gerd angin dalam badan makin teruk? yang ekzema tiba-tiba flare?
Hal ini kerana bayam salah satu sayuran hijau yang tinggi kandungan oxalate.
Oxalate bertemu kalsium dalam badan bertukar menjadi kalsium oxalate (batu karang) dan jadi kristal dalam badan dan cucuk-cucuk semua tempat tu yang rasa bisa dan sakit badan bagi yang sensitif.
SOLUSI :
Pilih sayuran yang lebih selamat bagi mereka yang ada ekzema dan alahan seperti:
•sawi dan adik beradiknya.
•daun kucai
•daun kunyit
•cekur
•daun sup / celery
•batang sup celery
•daun ketumbar/akar ketumbar
•daun bawang
•leeks
•pea sprouts
•moringga atau kelor
•lobak merah/ putih /purple
•salad dan adik beradiknya
Lepas usus da pulih, insyaallah boleh makan bayam tanpa trigger malah dapat serap nutritisi secara maksima.
sumber : Doc Hafiz Sulaiman
Thursday, March 11, 2021
GEJALA /PEYAKIT PADAM
Rencana
Ramai lelaki hidap penyakit PADAM
March 10, 2021
LELAKI tiada istilah putus haid sebab lelaki tiada haid bulanan tetapi lelaki ada istilah PADAM (Partial Androgen Deficiency of Aging Males). Bermula umur 40 tahun ke atas lelaki akan mengalami kemerosotan hormon jantan (Testosteron) mereka 0.4 peratus hingga 1.6 peratus setiap tahun. Testosteron adalah satu dari hormon jantan yang utama dalam kategori Androgen.
Apabila hormon Testosterone ini makin mengurang maka tanda-tanda berikut boleh berlaku seperti
Merasa diri lemah dan letih. Kurang nafsu seks. Murung. Kurang bermotivasi. Terganggu kesihatan mental seperti sentiasa rimas dan gugup. Terlalu sensitif dan mudah terasa hati. Susah untuk tidur. Terlalu cepat letih semasa bekerja dan bersukan. Kurang tumpuan atau konsentrasi semasa berfikir. Senang lupa. Tidak dominan dalam keluarga atau komuniti.
Kajian di Sweden mendapati bahawa 85 peratus lelaki yang berumur 55 tahun ke atas mengalami tanda-tanda PADAM ini.
Vitamin atau produk yang mengaku untuk menguatkan tenaga batin tidak boleh meningkatkan hormon Testosteronini. Jika terdapat jurujual yang mendakwa boleh meningkatkan Testosterone, ia adalah kelentong semata-mata. Malah produk-produk yang tidak disahkan oleh KKM itu tidak mempunyai profil ciri-ciri keselamatan pun. Lebih banyak mendatangkan mudarat pun ada.
Kebanyakan produk itu mencampurkan bahan-bahan terlarang seperti Sildenafil (Viagra) yang melebihi dos ditetapkan. Sildenafil bukan ubat untuk meningkatkan Testosteron tetapi dia hanya boleh mengembangkan segala salur darah termasuk salur darah otak dan jantung serta alat kelamin. Sebab itu kesan sampingan yang paling biasa berlaku ke atas sesiapa yang makan Sildenafil yang melebihi dos adalah serangan stroke dan sakit jantung sebaik sahaja makan ubat terlarang itu. Ada yang mati di atas katil pun dilaporkan.
Empat kaedah secara semulajadi bagaimana hormon Testosterone ini boleh ditingkatkan. Dengan kata lain bahawa anda tidak PADAM.
(1) Jaga kualiti tidur dan tidur secukupnya. Elakkan gangguan sebelum tidur seperti menonton TV atau melihat telefon; tidur ikut waktu yang tetap setiap hari; elakkan minuman berkafein (kopi); suasana bilik tidur adalah gelap dan aroma bilik tidur adalah harum.
(2) Kurangkan berat badan. Kajian mendapati setiap gram berat badan dikurangkan akan meningkatkan hormon Testosteron secara selanjar (Lihat gambar).
(3) Amalkan bersukan secara tetap paling minima 3 kali seminggu, durasi senaman melebihi 30 minit. Hormon jantan akan keluar sebaik sahaja senaman dilakukan.
(4) Amalkan pemakanan sihat, jangan telan dadah merbahaya, minum arak dan jangan merokok. Amalan pemakanan sihat secara semulajadi yang mengandungi zat magnesium dan zink boleh membantu meningkatkan hormon Testosteron. Suplemen tidak membantu meningkatkan Testosteron, malah mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini. Bahkan kajian mendapati penyerapan suplemen magnesium hanya 12 peratus (kajian atas tikus), 4 peratus (kajian atas manusia). Selebihnya zat itu dikeluarkan melalui najis. Oleh itu pemakanan sihat seharian sudah memadai.
Sekian.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 10/3/2021
Rujukan
[1] Handelsman DJ, et al. Age-specific population centiles for androgen status in men. Eur J Endocrinol. (2015)
[2] Michael Hull. How can you increase testosterone naturally? Examine Online. Oct 23, 2020
Sunday, October 11, 2020
7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERURUT
7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERURUT
Tidak kira lelaki mahupun wanita, pasti tidak lepas dengan tekanan yang boleh menyebabkan badan menjadi lesu dan stamina semakin berkurangan. Bagaimana mengurangkan rasa tekanan ini adalah dengan mendapatkan terapi urutan. Terapi urutan dengan teknik yang betul dan berkesan dapat :
1. Mengurangkan ketegangan otot
2. Merembeskan sejenis hormon yang memberi kesan tenang
3. Melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh
4. Membuang angin berlebihan dalam badan
5. Meningkatkan fleksibiliti anggota badan
6. Meningkatkan kualiti tidur
7. Memperbaiki fungsi tisu dan otot
Jika anda ingin merasai sentuhan urutan yang mampu memberi kesan-kesan diatas, tempah temujanji anda sekarang!!