BAGAIMANA MENGESAN POINT URUTAN YANG EFEKTIF?
Bahagian otot yang bermasalah lazimnya akan keras, berketul, tegang atau membengkak.
Persoalannya, jika bahagian otot yang sakit itu mengeras bagaimanakah anda nak memastikan sama ada otot tersebut KERAS YANG NORMAL atau KERAS YANG BERMASALAH?
OTOT YANG TIDAK NORMAL atau bermasalah akan terasa sakit apabila ditekan, dan rasa sakit tersebut lebih tajam daripada kebiasaan.
Manakala OTOT YANG NORMAL bersifat anjal, elastik dan tidak terasa sakit apabila ditekan melainkan sakit yang biasa sahaja tanpa disusuli oleh rasa bisa.
Bahagian otot yang keras, membengkak, tegang dan berketul adalah disebabkan olah pengaliran darah yang terganggu, seterusnya menyebabkan anggota badan tersebut terasa sengal, cepat lenguh, mudah kebas dan tidak kuat untuk melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.
Otot yang bermasalah juga membuatkan pergerakan anggota badan menjadi terbatas akibat fleksibiliti otot telah menurun. Otot tidak lagi elastik dan menganjal seperti biasa.
Oleh itu otot yang bermasalah perlu diurut untuk membuka laluan bagi melancarkan kembali peredaran darah yang terganggu.
=
No comments:
Post a Comment