Ia bukanlah tergolong dalam penyakit berjangkit mahupun serius, namun walau sihat mana pun seseorang itu, sakit belakang semestinya dialami semua orang. Tidak kira usia, hamil mahupun tidak, sakit belakang bisa beri rasa tidak selesa secara berterusan. Ketahui tujuh punca sakit belakang yang tabiatnya anda pandang sebelah mata.
- 1. Tidur diatas tilam lusuh.Tidak salah berbelanja lebih untuk mendapatkan tilam yang berkualiti tinggi. Tilam yang baik adalah yang bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Selepas 10 tahun, tukarlah tilam yang baru kerana kondisinya tidak lagi baik seperti di awal pembelian. Kebarangkalian untuk tilam melandut adalah tinggi dan mengakibatkan tulang belakang tidak berada dalam keadaan lurus sepanjang malam. Pilih tilam yang tidak terlalu lembut mahupun terlalu keras.2. Menggendong beg beratTerutamanya kepada wanita dengan beg tangan yang sering dibawa itu penuh dengan segala jenis item seperti alat solek, minyak wangi, telefon bimbit dan pelbagai lagi barang keperluan. Membawa beban pada sebelah bahu sahaja menyebabkan ketidakseimbangan kepada tulang belakang. Beban yang dibawa sepatutnya hanya 10 peratus daripada berat badan anda.3. Kasut tinggi atau kasut sarungKekerapan memakai kasut tumit tinggi terutamanya jenis stiletto boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik. Ia membuat anda menolak posisi badan ke belakang secara paksa. Kasut sarung (flat shoes) juga bisa beri kesan yang sama jika anda tidak memilih kasut yang betul. Lapik dalam kasut yang nipis menyebabkan tekanan kepada tumit yang menampung keseluruhan berat badan anda. Ia sekaligus memberi kesan kepada tulang belakang kerana kedua-duanya saling berkait.4. Menyimpan dendamMungkin ia kedengaran pelik, namun ketahuilah mereka yang memendam perasaan marah dan berfikiran negatif berpontensi untuk untuk menghidap sakit belakang secara berterusan. Kajian menyatakan berfikiran negatif merembeskan cecair yang mengakibatkan penyakit di dalam badan menjadi bertambah teruk dan sensitif. Kemarahan juga adalah punca ketegangan otot sekaligus mengakibatkan pelbagai penyakit lain dari segi fizikal seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung malah gangguan mental.5. Duduk sepanjang hariBerita buruk kepada mereka yang bekerja di hadapan komputer sepanjang hari! Kesibukan kerja kadang menyebabkan anda leka dan duduk berterusan berjam lamanya. Postur yang tidak betul menyebabkan bahagian belakang badan menjadi lemah. Sekali sekala rengangkan otot dengan berdiri dan berjalan seketika di pejabat bagi menyeimbangkan semula struktur tulang belakang.6. Kurang bersenamJangan bersenam hanya untuk kurus! Ia sebernanya membantu otot menjadi kuat dan membantu mengaktifkan bahagian spina agar tidak menjadi lembut dan lemah. Pilih jenis senaman yang berkait dengan abdomen dan bahagian belakang badan seperti sit up dan hip bridge.7. Makanan ringanApabila makan terlalu banyak hidangan yang tinggi kalori dan bernutrisi rendah, ia menyebabkan penambahan berat badan. Berat badan berlebihan pada bahagian tengah badan menyebabkan pelvis anda ditolak ke hadapan sekaligus mengakibatkan tekanan kepada bahagian belakang badan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko mendapat penyakit osteoartritis.
No comments:
Post a Comment