Friday, March 12, 2021

PENYAKIT ANGIN GERD

 

SUKA MAKAN BAYAM?

HATI2 PADA PENDERITA EKZEMA & GERD!


Bayam mengandungi pelbagai vitamin dan mineral zat besi yang tinggi yang amat bagus untuk meningkatkan haemoglobin dalam darah, tetapi penderita ekzema dan gerd harus berwaspada kerana bayam ni boleh trigger orang ekzema dan gerd.


Pernah dengar orang tua-tua cakap bayam sejuk? bayam angin? bayam bisa? 


Pernah tak ibu-ibu mengandung makan pulun hari-hari makan bayam untuk naikkan HB tapi masa sama perasan gastrik,gerd angin dalam badan makin teruk? yang ekzema tiba-tiba flare? 


Hal ini kerana bayam salah satu sayuran hijau yang tinggi kandungan oxalate. 


Oxalate bertemu kalsium dalam badan bertukar menjadi kalsium oxalate (batu karang) dan jadi kristal dalam badan dan cucuk-cucuk semua tempat tu yang rasa bisa dan sakit badan bagi yang sensitif.


SOLUSI :


Pilih sayuran yang lebih selamat bagi mereka yang ada ekzema dan alahan seperti:


•sawi dan adik beradiknya.

•daun kucai

•daun kunyit

•cekur

•daun sup / celery

•batang sup celery

•daun ketumbar/akar ketumbar

•daun bawang

•leeks

•pea sprouts

•moringga atau kelor

•lobak merah/ putih /purple

•salad dan adik beradiknya


Lepas usus da pulih, insyaallah boleh makan bayam tanpa trigger malah dapat serap nutritisi secara maksima. 


sumber : Doc Hafiz Sulaiman

No comments:

Post a Comment